Sunday, March 13, 2011

Apabila anak muda sudah hilang sopannya.....

                Bermulalah sudah sesi pertama cuti sekolah,  pesta perkahwinan pun bermula juga dengan begitu rancaknya.. kalau cuti sekolah jer, mesti ramai orang buat kerja kawin.. yang kawin bukannya sekolah lagi ye dak??? hehehehe... tapi sebenarnya tujuan diadakan majlis tu dalam cuti sekolah adalah untuk memudahkan saudara mara yang jauh supaya tidak bergelut nak balik cepat, lebih2 lagi pada orang yang merantau dan berhijrah ke sini.. ramai saudara mara dan adik beradik yang tinggal jauh ingin hadir bersama meraikan majlis tersebut..
                Minggu ni kami menerima 9 jemputan kawin...memanglah kalau difikirkan x terlarat nak pergi tapi demi mengukuhkan hubungan silaturahim dan menunaikan hajat orang yang menjemput digagahi juga untuk pergi kesemua majlis jemputan.. akhirnya sampai dirumah yang terakhir, kerusi meja dah berkemas, penanggah pun ada yang dah balik, yang tinggal keluarga terdekat dan anak2 dengan beberapa meja yang masih ditinggalkan untuk tetamu yang lewat macam kami ni... ( memang kami ni kerap merupakan tetamu yang terakhir disetengah2 majlis... hehehehe )
                 Nak dijadikan cerita, rumah terakhir yang kami singgah merupakan saudara yang sudah lama tidak ketemu.. maka sememangnya seronok lah ibu dan bapa pengantin menyambut kami. Oleh kerana dah tak ada orang, makanya duduk lah kita orang ni bersantai2 sambil berbual dengan tuan rumah yang wajah mereka dah tak larat nak senyum.. memang penat jadi ibu dan bapa pengantin ni.. bayangkan dari jam 10 pagi berdiri hingga lah ke pukul 4 petang... dok senyum sana, dok senyum sini, tegur sana.. tegur sini, ucap terima kasih kepada setiap tetamu yang hadir... itu belum kira di panggil ke dapur, barang itu tak ada, barang ni tak cukup... bayangkan kalau anak 4 orang, 4 kali buat kerja kawin... kalau anak 8, 8 kali mengatur majlis... dan majlis yang kami pergi ni anaknya 12 orang... subhanallah...
                  Disambung cerita, dalam berbual2 tu, si ayah memanggil setiap anak2nya untuk datang berjumpa kami... ni sedara kita ni..  ko orang ni mana kenal sebab dulu kecil2... sorang demi sorang anaknya datang tapi dengan muka yang masam mencuka.. mungkin penat kot... tapi bagi kami orang2 yang sudah berusia ni, sangat terasa hati bila melihat riak wajah anak2 yang datang bersalam bagai dipaksa, tidak menampakkan kegirangan bertemu sedara sedikit pun.. tersentuh jiwa melihat anak muda dan remaja ketika ini sudah kurang sopan dan santun mereka.. bersalam pun sudah tidak melihat muka, tunduk meletakkan tangan di dahi mereka bukan di hujung hidung.. adakah kerana kurang didikan? atau  sudah hilangkah rasa kasih kepada orang2 yang lebih tua?.Kalau nak kira kan tidak berilmu, bukan calang2 orang, belajar nya sudah menjejak ke menara gading, malah ada yang pernah belajar diluar negara tapi adab dan sopan lupa pulak nak belajar..
             Budaya menegur, bersembang dan bertanya khabar sudah tidak diambil berat oleh mereka, lepas bersalam terus berlalu seolah2 terpaksa dan dipaksa rela untuk berjumpa kami...  Teringat satu ketika ke rumah sorang sahabat di Shah Alam.. boleh dikatakan orangnya memang berada, rumah tersergam indah, kemas dan cantik... bila kami datang, dia pun memanggil ke tiga2 anaknya untuk bersalam dengan kami.. Allahhhh.... moleknya pekerti anak2nya itu.. Begitu hampir kepada kami, disambut tangan dengan penuh hormat, sempat bertanya khabar dengan baik, duduk seketika bersama kami sambil tersenyum walaupun tidak mencelah perbualan kami kecuali bila kami tanya... beberapa minit kemudian dengan hormatnya meminta diri untuk ke bilik kerana ada kerja sekolah yang nak disiapkan... Aduhhhhhh....sejuknya hati melihat akhlak yang ditanamkan pada diri anak2 ini.. Tiba2 rasa hormat kami  timbul pada kedua ibubapa mereka yang sudah tentu  gigih mendidik, membimbing dan mengajar mengenai akhlak dan adab apabila kehadiran tetamu ke rumah...begitu tenang dan damainya keluarga ini..
              Akhlak adalah salah satu cabang pendidikan yang sebahagian dari para ibubapa lupa untuk diberikan  perhatian...Kita lebih mementingkan berapa A anak2 dapat dalam UPSR, PMR dan SPM. Kita risau kalau anak tak boleh score dalam pelajaran tapi kita lupa untuk membentuk sahsiah dan akhlak anak2 terutama sejak mereka kecil dan remaja. Adab bertamu, adab menerima tetamu, adab bergaul dengan orang sebaya dan yang lebih tua tidak dititik beratkan.. Berapa ramai anak2 muda remaja kalau bertemu dengan kita buat tak tau, lalu lalang didepan kita tanpa membongkokkan sedikit badan tanda hormat... kalau mak kita dulu2 pasti dah lebam peha kalau buat begitu bila ada tetamu.
              Kalau kita menyingkap sirah Rasulullah s.a.w., bagaimana akhlak baginda mencuri hati ramai orang dan seterusnya mengakui baginda sebagai rasul, mempercayai ajaran yang dibawa oleh nabi dan menjadikan Islam sebagai gaya hidup. Baginda sangat menghormati orang tua dan sangat menyayangi kanak2..suka menolong dan berbakti. Sifat baginda yang lemah lembut dan sangat berbudi bahasa patut dijadikan tauladan buat kita semua.
             Pernah satu ketika saya ke Singapura, bila di panggil keluar untuk bersalam, seorang anak dara berjalan sambil menghentak2kan kaki didepan kami apabila disuruh berjumpa dan bersalaman... kita pulak rasa bersalah datang kerumahnya ketika itu. Ibubapanya berkerut muka melihat tingkah laku anak daranya itu yang memalukan mereka didepan tetamu....Demikianlah betapa pentingnya pendidikan yang sepatutnya dimulakan seawal mungkin.. bukan bila dah jadi buluh baru nak lentur, tu yang patah dan terpelanting ke muka kita balik sebagai ibubapa. Ajarlah anak2 tentang  adat budaya dan jadikanlah anak2 kita bersifat  mesra .. peramah, bersopan santun, pandai menggembirakan hati teman, bijak mendengar masalah kawan2, menghormati guru dan orang yang lebih tua agar mereka boleh diterima dimana2, disukai oleh orang sekeliling dengan sifat mereka yang tawadduk, rendah diri dan baik pekerti...Insya'Allah apabila anak2 baik akhlaknya...pasti ibubapa akan mendapat sebaik2 ganjaran dari Allah s.w.t. Wallahuaklam...

No comments:

Post a Comment