Monday, March 7, 2011

BULETIN BULAN MAC 2011


Assalamualaikum wr. wb.

Yang dihormati,
Semua ibubapa & Penjaga, murid-murid Tadika Ceria Az-Zahrah.


PROGRAM “ GREEN DAY “

Pihak pengurusan Tadika Ceria Az-Zahrah akan mengadakan satu program yang dinamakan “ Green Day “  iaitu sebahagian dari aktiviti tahunan tadika ini. Antara pengisian program ini adalah lawatan ke tapak semaian pokok  (Summerville Nursery, Telok Pulai) yang akan diadakan pada 10 Mac 2011 hari Khamis jam 9.00 hingga 11.00 pagi.  Di tapak semaian itu kanak-kanak akan dapat melihat bagaimana pokok-pokok disemai dan ditanam, keperluan dan penjagaan terhadap tanaman tersebut dan pengenalan kepada bahan-bahan yang akan digunakan semasa proses penanaman dan semaian. Program ini adalah percuma dan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak tadika. Untuk melihat aktiviti yang akan dijalankan sila ke facebook Az-Zahrah dihatiku.

CUTI SEKOLAH
Tadika Ceria Az-Zahrah akan bercuti bermula pada 12 Mac hingga 20 Mac 2011. Kepada ibubapa yang bercadang untuk pergi bercuti atau pulang ke kampong, kami mendoakan agar tuan/puan selamat sampai ke destinasi yang dituju dan berhati-hati ketika memandu.

PROGRAM ”KEMBARA KHALIFAH & TEMASYA SUKAN AZ-ZAHRAH”

Tadika Ceria Az-Zahrah akan mengadakan “Kembara Khalifah”  serta Temasya Sukan Az-Sahrah 2011 ( 2 dalam 1 ) yang akan diadakan pada 2 hingga 3 April 2011 di Hotel Impian Morib, Morib, Banting. Untuk itu sila rujuk lembaran maklumat dan lengkapkan borang persetujuan ibubapa agar kami dapat menguruskan penempatan anak-anak bersama guru masing-masing.


Daripada : Hjh. Zaharah Awang,
Pengetua ,
Tadika Ceria Az-Zahrah

No comments:

Post a Comment