Bagaimana untuk menimbulkan kebahagiaan sewaktu kita mendidik anak-anak yang kita sayangi...
1. Mendidik mestilah dengan aqidah.
· Kenalkan Allah sejak anak kecil lagi.
· Tanamkan rasa sayang pada Allah.
· Tanamkan rasa syukur atas nikmat Allah.
· Tanamkan sifat taqwa kepada Allah.
· Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan oleh anak.
2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.
· Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
· Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
· Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.
3. Mendidik mesti ada matlamat.
· Kemana nak diarahkan anak kita/ murid.
· Budaya apa nak diterapkan dalam keluarga/sekolah.
· Sistem apa nak dipakai dalam keluarga/sekolah.
4. Mendidik mesti senada, seirama.
· Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
· Kalau guru suruh tutup aurat, ibu pun kata begitu.
· Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.
5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.
· Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat dulu.
· Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
· Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
· Suruh/ cakap serupa bikin.
6. Mendidik mesti dengan sabar.
· Sabar dengan karenah mereka.
· Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
· Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua.
7. Mendidik mesti disiplin.
· Disiplinkan anak waktu belajar, bermain dan berehat.
· Budayakan meminta izin sebelum keluar kemana-mana supaya mereka tidak bebas sesuka hati nak kemana, balik pukul berapa, dengan siapa, ibubapa tak peduli.
· Sentiasa ingatkan mereka agar memilih kawan yang baik, kenal kawan mereka.
· Periksa kerja sekolah anak, berhubung dengan guru mengenai perkembangan anak disekolah.
· Hadir program yang diatur oleh sekolah.
8. Mendidik mesti dengan cara yang betul.
· Dapatkan maklumat untuk didik anak sewaktu mereka kecil.
· Mendidik anak lelaki amat berbeza dengan mendidik anak perempuan.
· Kenal pasti perdekatan/ didikan kepada anak sulung, anak kedua dan anak bongsu.
· Kaedah mendidik anak remaja sangat berbeza dengan cara mendidik anak yang kecil.
· Rajin hadirkan diri ke kursus atau majlis-majlis ilmu mengenai pendidikan.
· Rajin membaca buku-buku cara mendidik anak yang dijual dipasaran supaya kita menjadi ibu/guru yang bermaklumat.
· Sumber rezeki mestilah dari sumber yang halal.
· Ibubapa pastikan tidak berhutang dengan pihak sekolah agar ilmu yang diajar berkat.
· Guru haruslah amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
9. Mendidik mesti dengan doa.
· Sentiasa doakan agar anak/ murid terang hati mereka untuk menerima pelajaran.
· Doakan kejayaan anak/murid.
· Doakan kesejahteraan semua, ibubapa doakan guru, guru doakan ibubapa.
· Yakin dengan apa yang didoakan akan dimakbulkan Allah.
·
Dikongsi bersama oleh:
Hjh. Zaharah binti Awang
Timbalan Pengerusi
Persatuan Tadika Islam Malaysia
Tel: 012 – 27 888 79
No comments:
Post a Comment