Teringat masa kecil-kecil dulu emak selalu bercerita dengan kita orang. Nape entah tak pernah jemu dengar mak bercerita walaupun dah banyak kali cerita yang sama diulang-ulang ( balik-balik fikir....ASTRO pun dok ulang2 gak cerita ye dak???? Zombie Kg. Pisang tu.... entah kali berapa dia ulang tayang, tapi orang tengok gak..... ). Emak akan mula dengan cerita macam mana dia disorok bunian selama seminggu, nampak orang kampung ramai-ramai cari dia keliling kampung tapi dia tak boleh panggil sebab mulutnya macam terkunci. Kata mak dia anak niat, adik beradik semua lelaki, ibunya ingin sangat nak anak perempuan, maka berniatlah si ibu di makam satu sheikh di Singapura untuk dapat seorang anak perempuan... orang dulu2 kan masih jahil, minta kat makam, kat pak kiai, sepatutnya minta lah pada Allah yang maha berkuasa.. ye lah.. dulu mana ada ceramah tasauf, akidah macam sekarang.. kat masjid, kat surau, kat radio IKIM semua tajuk ada, tinggal nak pergi atau nak dengar atau tidak jer...
Berbalik pada cerita mak, lepas orang kampung jumpa mak dipangkal pokok, seminggu emak tak leh bercakap dan kemudian lepas berubat mak dihantar ke Melaka, Kg. Durian Tunggal kalau tak silap... dibela oleh emak angkatnya. Disitu lah bermula cerita mak selalunya.. Mula dengan cerita orang kaya yang tamak, orang kaya tu pesan....kalau dia mati ...dia berwasiat kepada anak-anaknya... jangan lupa duitnya satu peti hendaklah dimasukkan ke dalam kubur bersama mayatnya, oleh kerana dah wasiat, hendak tak hendak anak2 pun tanamlah mayat tu dengan duit syilingnya sekali...dan malam tu orang kampung tak boleh tidur sebab dengar dari dalam kubur tu bunyi suara menjerit-jerit kesakitan.. emak kata dulu kat melaka kubur semua bawah tangga atau depan rumah..(maaf lah orang melaka kalau fakta ni tak betul).
Pada keesokkan harinya orang gali balik kubur tu, ramai yang pengsan sebab nampak mayat tu muka dan seluruh badannya penuh dengan duit syiling bersusun seperti sisik ikan, tertanam dalam kulit dan dagingnya.. orang ramai pun kambus balik kuburnya dan malam itu sekali lagi mereka tidak boleh tidur dengan gangguan jeritan dari arah kubur tu.. di gali lagi dan kelihatan kuku mayat tu pulak melingkar-lingkar melilit jenazahnya.. akhirnya orang kampung dah tak sanggup, dibawa ke tengah laut dan dihumbankan mayat tersebut disitu... .....melopong mulut kita orang mendengar cerita mak.. mak bukan bercerita secara formal, cam duduk depan..... buat half circle sambil cerita... takkkkk!! emak cerita masa kita orang kopek bawang sama-sama, kopek ikan bilis, zaman dulu ikan bilis kena kopek, buang kepala, buang taik hitamnya tu.... bukan macam sekarang ikan bilis dah siap dibelah 4 lagi.. emak cerita sambil kita orang gunting cili kering yang akan digiling ( dan tugas saya lah menggiling cili.. jangan harap dapat keluar main kalau tak siap giling cili ).. bukan zaman tu tak de blender, tapi mak kata tak sedap sebab bau karen... ( ye laa mak, memula pakai memang lah bau karen... dah lama2 blender tu bau belacan dan cili pulak... alasan orang malas giling cili lah tu kata kakak.... meracun gak kakak ku tu... hehehehe).
Tapi kita orang tak kisah sebab mak suka bercerita.. bila mak bercerita kita orang rasa cam hadiah sambil buat kerja, cam upah... sebab cara mak bercerita dengan mimik muka, dengan intonasi suara dia... cara dia bercerita cam benda tu benar2 berlaku... kita orang rasa cam tengok filem... boleh siap membayangkan keadaan ketika itu...kekadang saja pancing picit kaki dan badan mak suruh dia bercerita...walaupun cerita mak tetap bermula dengan dia disorok bunian... hahahaha... tapi kita orang tak kisah.. sebab kita orang rasa cam dapat bermanja dengan mak kalau mak bercerita.. itu belum lagi mak cerita pasal orang bunian pinjam periuk belanga orang kampung, cerita pontianak peluk atuk mak, cerita hantu galah dan hantu golek ( nape bebudak suka betul dengan cerita hantu ye???) tapi kita orang tetap suka... kita orang rasa ada bonding antara mak dengan kita orang..
Bila ingat balik, kita hari ini.... siapa cerita kat anak kita???? yang selalu bercerita kat anak kita.... astro prima, astro citra, astro ria... tom2 bak, geng bas sekolah, shin chan tolong ceritakan.. ultraman, batman, dragonball, mereka semualah yang jadi penglipur lara anak-anak kita termasuk anak saya... kita tak de masa untuk bercerita dengan mereka, kita sibuk.. (sibuk berfb, berblog... hehehe... terasa laa pulak ), sebab tu kekadang mereka jauh dengan kita, kalau ada masalah mereka jarang datang pada kita untuk consult, mereka lebih gemar consult dengan kawan-kawan...
Siapa diantara kita termasuk saya sendiri yang bercerita tentang kehebatan Sallehuddin Al-Ayubi pada anak kita atau keberanian Saidina Hamzah apabila berperang.. anak kita lebih kenal cicakman, superman dan macam2 man berbanding para sahabat nabi dan tentera2 Islam yang berjuang untuk agama dan kehebatan ahli ilmuan yang ada disekitar kita..
Maka dengan itu marilah kita mula bercerita kepada anak-anak kita, sebelum mereka tidur, didalam kereta, didapur sambil memasak bersama, sementara sama2 lipat baju... agar ada bonding antara kita dan anak.... dan kita lah primadona dimata mereka...kitalah pelakun handalan yang dapat melakunkan pelbagai watak dan adegan.. Biar satu hari nanti anak kita akan rindu akan suara kita, rindu dengan lakunan yang kita persembahkan kepada mereka....mungkin kalau kita tidak pandai bercerita... sekurang-kurangnya bacakanlah sebuah buku cerita untuk mereka... bercerita lah mengikut kesesuaian umur mereka agar ada pengajaran dan moral dalam setiap cerita kita....
Dan yang paling menarik.... cerita itu akan tersimpan kemas dalam kotak pemikiran anak2 sebagaimana cerita emak saya yang masih segar dalam ingatan saya... tetiba rindu kat emak.... rindu kat leteran mak, walaupun kita orang panggil radio malaysia dah bunyi bila mak berleter....rindu dengan urutan mak dengan tapak tangannya yang halus dan mendamaikan apabila diurut.... dan rindu dengan cerita mak....Al-Fatihah untuk emak.... HJH. BEDAH BINTI HJ. TAIB..... semoga roh mu ditempatkan oleh Allah s.w.t dikalangan para ambia dan solihin hendakNya... amin...
napelah pulak tak leh share kat fb ni... huhuhu
ReplyDeleteBetul bu, cerita nenek Be memang best :) ingat sampai ke hari ni. Then caption wajib bila dah habis cerita dan bila kitorg mtk dia cerita lagi mesti nenek cakap "asyik nak cerita hantu je, nanti datang hantu betul2 baru tau" :P
ReplyDeleteCerita hantu ibu pun best :) cerita makcik "fab buku baru" :P:P
Dan mengikut pandangan Makcik Sue Palmer (http://www.suepalmer.co.uk/) dalam kursus dengan dia hari tu, memang bercerita adalah salah satu cara parent mengajar anak 'bersosial'. dalam penceritaan biasanye ade mesej2 untuk dinilai, ada lawak untuk digelak, ada mimik muka untuk dilihat, ada gaya untuk ditiru, ada intonasi utk digayakan, melatih fokus mendengar, melatih daya imaginasi dan seribu satu 'ada' lagi :) dalam erti kata lain bercerita adalah salah satu metod pengajaran traditional yang diwarisi turun temurun untuk mendidik anak :)
Malangnya macam ibu kata 'tugas' bercerita banyak dah digantikan dengan TV. Screen-oriented entertainment yang banyak memberikan kepuasan visual sehingga kadang-kadang boleh membantutkan pembinaan skill fokus untuk mendengar dan berimaginasi anak-anak. Imej2 dalam skrin yang berubah every second menyebabkan anak-anak cepat bosan dengan buku atau benda2 yang bersifat statik. Mereka lebih suka dengan 'benda-benda' yang bersifat pantas dan kurang berminat dengan yang lambat. malangnya banyak perkara dalam perkembangan manusia bersifat 'slow & steady'cthnya belajar untuk menguasai satu2 bidang ilmu, pembinaan kerjaya, perkembangan personaliti dsb.
Screen-oriented learning yang high-tech lengkap dengan kemudahan internet yang memberikan maklumat dihujung jari anda boleh menghasilkan anak yang mempunyai keupayaan 'hyperlinking', laju berfikir dan laju serba serbi tetapi mungkin kurang dalam membentu anak yang dapat sudut memberi fokus kepada satu2 perkara, sabar, cermat dan teliti dalam membuat satu2 kerja, sifat yang boleh dibentuk dengan membaca buku atau dalam konteks post ni bercerita :) Both side pantas, laju, cepat & lambat, 'slow & steady' ade kelebihan dan kekurangan. Yang terbaik macam Rasulullah ajar sudah pasti yang di tengah2, antara kedua2nya :)
Wallahua'lam. Just my 2 cents. dah macam penulis blog plak :P:P
ermmmmm... thanks dzul atas perkongsian bersama.. maybe ibu bercakap dari sudut pengalaman dan ko bercakap dari sudut pembacaan.. gandingan yang mantop tu.. sharing is caring kan????
ReplyDelete