Entri kali ini agak berlainan sikit... siang tadi bertemu dengan seorang teman yang sudah sekian lama tidak bertemu.. Pertemuan ditengah hari tu menyingkap cerita2 terkini dan bertanya khabar masing2.. Apa yang cuba disampaikan ini bukanlah untuk membuka aib sesiapa tetapi ianya bertujuan mengingatkan diri sendiri dan anda yang membaca entri ini.. Dalam masa kami bertanya khabar... kalau boleh saya namakan teman ini dengan kak J (bukan nama sebenar sekadar memudahkan susunan cerita ) Kak J memberi tahu dia dah berkahwin baru.. saya pernah juga terdengar cerita kak J ni dah bercerai dengan suami nya.... tapi tak "put in mind " lak nak bertanya.... sebab merasakan ianya peribadi sangat...Kak J rancak bercerita mengenai suami barunya.. katanya orangnya baik.. layanan sempurna... selalu menegur dirinya... Alhamdulillah... tapi katanya dia isteri yang ke 3... Oh ye ke?? kata saya.. dah jodoh nak buat macam mana.. syukurlah masih ada jodohnya.. Kak J bercerita lagi katanya akak bercerai dah 5 tahun.. azabnya menjadi janda.. macam2 tuduhan orang buat.. nak goda suami orang laa... main kayu tiga laa... simpan jantan laa... 5 tahun yang sangat azab.. kemana pergi cam ada cctv dimana2.. masyarakat ingatkan kita janda2 ni memang ada niat nak amik suami orang ke???... aduhai kak... tak semua orang beranggapan begitu... dan mungkin itu tanggapan akak.. pujuk saya...Dalam pada itu saya sempat bertanya kenapa dia bercerai dengan suaminya dahulu???? ini ceritanya...
Pagi tu kak J dengan Abang S (bukan nama sebenar juga ) buat gotong royong menanam bunga depan rumah.. hari sudah semakin tinggi dan cuaca agak panas.. selesai menanam bunga, Abang S kata.. mama2 jom kita pergi minum air tebu jom... haus betul laa.. kata Kak J... alahhhhh papa beli bungkus jer laa.. mama nak masak laa pulak.. kang budak-budak balik sekolah lauk dengan nasi tak siap lagi... Abang S terus memujuk dan Kak J masih tak mahu ikut... ermmmmmm tak pe laa... kalau tak sudi papa gi sorang laa... Ok laa papa...kata Kak J.. tapi papa jangan curang.. nanti mama ceraikan papa dengan talak 10... Abang S ketawa sambil kata... haaaa kalau mama ceraikan papa dengan talak 10... papa ceraikan pulak mama dengan TALAK 20!!!!!!!.... terus start motor untuk pergi beli air tebu....
Berderau darah kak J bila Abang S sebut macam tu... bila malam Kak J resah dan tak boleh tidur dan ungkapan Abang S siang tadi masih terdengar-dengar dicuping telinganya.. Esok pagi-pagi Kak J mengajak Abang S pergi ke pejabat agama untuk mendapatkan penjelasan mengenai gurauan mereka semalam.. Dan apabila ditanya kepada Abang S adakah benar dia ada menyebut begitu, dia mengaku memang dia menyebut menceraikan isterinya dengan talak 20 tapi bukan dengan niat.. Hakim mahkamah syarie mengesahkan jatuh 3 talak Abang S pada Kak J dan 17 lagi talak bidaah... Abang S pengsan bila mendengar penjelasan hakim dan Kak J meraung kesedihan... semalam mereka sah suami dan isteri tetapi tiba2 hari ini mereka diharamkan tinggal bersama, tidur bersama... dan Abang S hari-hari menangis kesal hingga jatuh sakit...
Terbeliak mata saya mendengar kisah Kak J... talak jangan dibuat gurauan..talak bukan bahan untuk buat lawak atau buat main-main.. talak adalah satu lafaz yang sangat dibenci oleh Allah walaupun dibenarkan.. Semoga kisah Kak J dan Abang S ni menjadi iktibar dan panduan buat kita semua.. maka sebab itu bila kita berilmu.. baik ilmu dunia maupun ilmu agama.. kita akan terselamat dari perkara-perkara yang tidak diingini.. bandingan orang yang berilmu dengan tidak berilmu adalah seperti bumi dengan langit.. sesal dulu pendapatan... sesal kemudian tidak berguna... dan yang paling kasihan dan menjadi mangsa adalah anak-anak... riang ria keluarga mereka bertukar menjadi suram dan duka..
Semoga kisah kak J dan Abang S ini menjadikan kita berhati2 apabila berkata2 dalam apa juga bicara bak kata pepatah.. sebab pulut santan binasa....sebab mulut badan binasa.. terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata buruk padahnya.. renung2kan bersama....
Salam,
ReplyDeleteAda sedikit kemusykilan di sini... si lelaki mengatakan, "haaaa kalau mama ceraikan papa dengan talak 10... papa ceraikan pulak mama dengan TALAK 20!!!!!!!", jadi ia seperti takliq bersyarat.
Pada pendapat saya, talak tidak jatuh kerana ia disebabkan wujud perkataan 'kalau'. Dan syarat 'kalau' itu sabit jika isteri ceraikannya tidak 'valid' kerana isteri tiada kuasa untuk menjatuhkan talak.
Cuba rujuk pakar atau dapatkan cerita yang lebih tepat. Mungkin ada sesilapan di mana-mana.
Apa-apapun, benar talak bukanlah perkataan yang boleh dibuat main atau gurau berdasarkan hadis Nabi Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk.
Wallahu'alam.
terima kasih diatas respon.. apa yang saya tuliskan adalah mengikut cerita dari Kak J yang mengatakan hakim telah mengesahkan jatuh 3 talak dan 17 talak bidaah.. tapi kalau Kak J mengada2kan cerita..ianya diluar batas kemampuan saya untuk mendapatkan maklumat yang sohih.. apapun moral entri ini adalah penegasan mengenai talak yang tidak sewajarnya dijadikan bahan gurauan dan seharusnya perkahwinan ini disi dengan ilmu agar tidak tersesat dalam melayari bahtera perkahwinan... apapun terima kasih sekali lagi... wallahu'alam
ReplyDelete