Dalam keadaan tergesa-gesa ke toilet di sebuah bangunan canggih di Putrajaya, terus sahaja masuk ke toilet yang pintunya separuh tertutup.. masuk2 jer mata terus ternampak kepada apungan kekuningan dalam mangkuk tandas tu... rasa terkucil yang amat sangat terus jer flush benda asing tu dan dalam waktu yang sama hati terus bungkam dengan perangai orang yang menggunakan toilet ni sebelum tu.. apa susah sangat ke nak tekan flush tu.. bukan kena angkat baldi dari perigi atau tadah air dan angkut bawak ke situ.. ini lah perangai sebahagian dari kita sebagai pengguna. Bau yang hancing jangan cakap laa... tisu bersepah merata-rata..
Kalau dinilai prasarana yang disediakan memang canggih dan cantik laa..memang kalah la dengan keadaan tandas kita dirumah.. first class laa orang kata.. maklumlah Putrajaya gitu.... berbillion-billion duit dihabiskan untuk membangunkan bangunan yang canggih bertahap dunia... . tapi sikap orang yang menggunakan kemudahan awam ni tak tau nak cakap laa..dah laa bangunan tu pejabat yang didatangi oleh pelbagai bangsa untuk memproses visa dan permit kerja.. masuk tandas awamnya... waduhhhhh... x tau laa camner persepsi mereka pada orang Malaysia yang rata-ratanya orang Islam. Inilah antara fitnah yang datang dari perbuatan kita sendiri bahkan dalam agama Islam bab taharah itu paling awal dan utama diajar dalam Fekah tapi hakikatnya dan realitinya tidak begitu.
Teringat dulu masa kecik2 emak selalu berleter suruh jirus air lepas gunakan tandas, memang bosan laa ketika budak2 bila diingat-ingatkan berkali-kali. Siap kena dengar ceramah bab kebersihan dekat setengah jam.. Setiap hari ahad pagi, memang kerjanya cuci tandas, berus bilik air dan dindingnya sekali. Terfikir gak apalah tandas pun nak bersihkan sangat???. tapi itu lah didikan emak pada kita.. sikap pembersih tu rupanya menyerap secara perlahan-lahan dalam diri. Emak pernah kata " Kalau nak tengok bersih atau tidak penghuni rumah tu, tengok bilik air nya, kalau bilik airnya boleh buat tempat tidur, confirm penghuni rumah tu pembersih", Alahhhh mak ni, ada ukur orang camtu??? tapi bila kita dah jadi emak, ada betulnya jugak.. bayangkan dalam tandas ada pampers anak, ada baju terjelepuk kat sudut bilik air, ada pad yang tertinggal berhari-hari.. mesti laa kita yang dah biasa bersih ni tension.
Kekadang bila fikir manusia ni dah semakin malas rupanya... ada tandas yang canggih x payah flush, bangun jer dari mangkuk tandas tu, automatik air mencurah membersihkan air kumuhan kita, pulas kat tepi dinding... eh..eh.. terpancut pulak air dari bawah tolong cucikan kotoran yang ada pada kita... nasib baik belum ada lagi tangan plastik tolong gosokkan... kita tinggal tadah jer... tu pun malas jugak nak bersihkan, tinggal masukkan tisu yang dah digunakan pun malas, campak jer kat bawah.. kalau emak dulu, pasti dah kena pulas telinga atau cubit kat peha.. bukan garang, tapi bagi peringatan akan kata-katanya..
Nak salahkan siapa? salahkan kerajaan? salahkan orang masjid? salahkan ketua kampung? salahkan tuan punya toilet? nak salahkan siapa????????? satu jari tunjuk orang... tiga jari tunjuk pada diri kita.. siapa kerajaan yang memerintah, siapa yang jadi nazir masjid, siapa yang dipilih jadi ketua kampung atau tuan punya toilet yang gajikan orang untuk bersihkan toilet, tapi kalau yang gunakan tandas tu punya sikap acuh tak acuh, pengotor dan tak fikir pasal orang lain.. Malaysia akan dilabel dan sudah pernah dilabel pun sebagai rakyat yang pengotor..
Pernah satu ketika, makcik cleaner kat R & R Plus geleng kepala bila salah seorang pengguna tandas keluar tanpa flush tandas dan pad berdarah siap letak jer atas tong yang dikhaskan untuk sanitary pad.. kami berpandangan dan mungkin bukan dia punya.. tapi siapa punya ye???
Apa kata mula pada hari ini kita jadi pengguna tandas yang memikirkan kebersihan untuk pengguna seterusnya.. mungkin orang lain tak tau, makcik cleaner pun tak tau, tapi Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan agar orang lain hormat pada insan yang beragama Islam. Akhlak nya menjadi contoh pada yang lain.
Kepada ibubapa dan guru-guru... ajarlah anak-anak penggunaan tandas yang betul, didik lah mereka bersuci dengan sempurna supaya najis mereka tidak dipijak kaki dan berjalan merata rumah menyebarkan najis2 yang tidak kelihatan dan tanpa kita sedari ibadah kita tidak diterima asbab dari kurang sucinya keadaan lantai rumah kita. Adalah lebih baik untuk mengajar anak-anak menabur air kumuhan dalam mangkuk tandas bukan diatas lantai tandas, khuatir mereka tidak menjirusnya dengan betul.. benda ni nampak remeh tapi kesannya akan berlarutan hingga mereka dewasa dan menyusahkan orang lain apabila mereka menggunakan tandas-tandas ditempat awam.. wallahuaklam..
Hi Zaharah, well said. I had to do the same -- wash toilet everyweek while growing up...including wallls and floor -- kena brush everything! Now I do the same in my house...can't stand a messy bathroom.
ReplyDeletePeople in Malaysia are particularly bad -- even in Auckland, in Asian places or malls run by Asians, the conditions are always appaling! I wonder why? I wonder why? If everyone kept the place tidy, it would be much better for everyone!!
Hanya cleaner yang faham perasaan seorang cleaner :P
ReplyDeleteThanks Lady Lavender... everythings do start from home right???
ReplyDeleteDzul : sebab ibu pernah jadi cleaner kat umah "nenek be" maka sebab itu ibu sangat memahami perasaan makcik cleaner tu.. wahahaha..