Monday, March 7, 2011

PROGRAM KEMBARA KHALIFAH DAN TEMASYA SUKANEKA AZ-ZAHRAH


PENGENALAN:
Program Kembara Khalifah adalah sebuah program yang sangat menarik disusunatur untuk semua murid-murid Tadika Ceria Az-Zahrah. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid mengenai sebab dan tujuan manusia dipilih oleh Allah sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Program ini merangkumi aspek Tunjang Kemanusiaan dan Tunjang Ketrampilan Diri  serta Tunjang Kerohanian yang terdapat didalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Untuk itu tujuan itu kami akan mengadakan program selama 2 hari 1 malam yang akan berlangsung pada 2 dan 3 April ( Sabtu dan Ahad ) bertempat di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor Darul Ehsan.

TENTATIF PROGRAM:

2 April 2011 – Sabtu

8.30 pagi         -           Berkumpul di tadika – pastikan anak-anak bersarapan dari rumah.
                                    ( senarai barang keperluan untuk dibawa akan diberikan kemudian)
-                      Penyerahan tag nama dan tag beg baju
-                      Pembahagian kumpulan 1 guru – 5 murid
-                      Taklimat program
9.00 pagi         -           Berlepas ke Morib dengan menaiki bas ( pergi sahaja).
10.00 pagi       -           Lawatan ke Kilang Kerepek ( Industri Kecil ) di Kancong Darat
                                    ( Kanak-kanak akan melihat proses pembuatan kerepek bersesuaian
                                      dengan kaedah pembelajaran konstektual ).
11.30 pagi       -           Tiba di Morib untuk  Slot “ Little Caliph “ – melihat kebesaran Allah
                                    dengan melihat ciptaan Nya .
                        -           Membersihkan sampah sarap disekitar kawasan berhampiran untuk                                      
                                    menanamkan sifat dan tanggungjawab sebagai khalifah serta sebagai
                                    warga negara yang cintakan kebersihan dan keselesaan.
12.30 t. Hari    -           Makan tengahari di Hotel Impian dan check in
                                    Solat Zohor dan bebas
4.30 petang     -           Solat Asar dan riadah.
7.00 malam     -           Solat Maghrib dan makan malam.
8.30 malam     -           Solat Isyak dan rehat.

3 April 2011 – Ahad

6.00 pagi         -           Solat subuh dan tazkirah ringkas
7.30 pagi         -           Sarapan dan bersiap untuk Temasya Sukan
9.00 pagi         -           Temasya Sukan dimulakan
10.30 pagi       -           Minum pagi – peserta sahaja
11.30 pagi       -           Berkemas
12.00 t. hari     -           Pulang bersama ibubapa masing-masing.

(PIHAK TADIKA TIDAK MENYEDIAKAN PENGANGKUTAN UNTUK PULANG KERANA SEMUA MURID AKAN PULANG BERSAMA IBUBAPA MASING-MASING).
Semua murid-murid akan bermalam bersama guru yang akan dibahagikan kepada nisbah 1:5. Tujuan diadakan slot ini adalah untuk mendidik anak-anak agar mereka berdikari dan boleh menguruskan diri masing-masing. Diharapkan ibubapa dapat memberikan kepercayaan kepada guru dan anak masing-masing kerana kami telah berpengalaman mengendalikan program sebegini  pada tahun 2010 di De Palma Inn Kuala Selangor dan setakat ini kami mendapat respon yang amat baik dari murid-murid dan mereka amat gembira dengan program ini.

Ibubapa dikehendaki datang ke Hotel Impian Morib pada jam 9.00 pagi untuk acara Temasya Sukan Tadika Ceria Az-Zahrah untuk memberikan sokongan kepada anak-anak yang akan mengambil bahagian. Harapan kami agar tuan/puan dapat melapangkan masa untuk hadir dalam temasya sukan ini.


Terima kasih dari kami... 

3 comments:

  1. wahhh! welcome! welcome to tadika ceria az-zahrah.blogspot. semoga terus memberi info2 bermanfaat tentang mendidik anak2 yang tengah mentah2 lagi tu. tq bu! :D

    psst! ibu, nanti rajin2, ziarah2 la website husband saya, www.propintar.com. kasi idea best2 sikit. :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ummi adam.. ni baru nak merangkak ni.. masih dalam proses belajar.. saya ni bukan celik it sangat.. hehehe... Insya'Allah nanti ada masa saya ziarah website your hubby ye..

    ReplyDelete
  3. itu propintar pun web.. mantop dan berinfomasi.. hebat tu.. mesti adam pandai math kan.. hehehe.. bila laa ibu leh buat web cam tu.. cantik

    ReplyDelete